Paling Popular Minggu Ini

Tuesday, April 5, 2011

Asal Usul Islam


Untuk memperolehi pengertian yang sebenar tentang asal usul Islam, kita perlu mengetahui akan keadaan Arab sebelum adanya Islam, akan diri Muhamad, dan akan sejarah awal Islam. Walaupun arkeologi, Al Quran dan Hadith mengandungi catatan yang banyak tentang perkara ini, ramai orang mungkin tidak sedar tentangnya.

MEKAH SEBELUM MUHAMAD

Pernahkah anda bayangkan akan keadaan Mekah sebelum kelahiran Muhamad? Kota Mekah, pada ketika itu, sememangnya merupakan kota yang sangat menarik kerana kota itu merupakan pusat perdagangan dan juga tempat tumpuan pelbagai kaum dengan budaya yang berbeza. Para pedagang di sana juga menganuti pelbagai agama. Kaum Quraysh di sana memuja Hubal, Al-ilah, dan tiga anak perempuan Al-ilah. Sebuat batu hitam yang berasal dari surga sangat disanjungi dan ditempatkan di satu sudut dalam Kaabah. Kaabah ini merupakan pusat pemujaan 360 berhala (Bukhari jilid 3, buku 43, bab 33, no. 658, hal.396 dan Bukhari jilid 5, buku 59, bab 47, no. 583 ,hal. 406). Ensiklopedia Islam (edisi Eliade, hal. 303ff) ada mengatakan bahawa sebelum adanya Islam, orang sudah bersembahyang lima waktu sehari dengan menghadap ke Mekah dan berpuasa selama setengah hari bagi sebulan penuh. Kaum Quraysh pula berpuasa pada setiap 10 Muharram. Muhamad pernah memerintahkan agar pengikut-pengikutnya mengamalkan amalan yang sama, namun kemudian amalan ini tidak diwajibkan (Bukhari jilid 5, buku 58, bab 25, no. 172, hal.109 dan Bukhari jilid 6, buku 60, bab 24, no. 31, hal. 25).

Sebelum adanya Islam, orang Arab sudah menaikkan haji ke Mekah. Fiqh us-Sunnah jilid 5, hal.122 dan Bukhari jilid 2, buku 26, bab 33, no. 635, hal. 371-372 ada mencatatkan bahawa, pada zaman itu, orang Arab yang tidak menaikkan haji dianggap telah melakukan dosa terbesar di dunia ini. Di Mekah, sebelum adanya Islam, mereka sudah menutupi Kaabah dengan kain (Fiqh jilid 5, hal. 131) dan mereka juga sudah mempunyai bulan suci yang tidak membenarkan peperangan dalam jangka masa itu (Bukhari jilid 2, buku 23, bab 96, no. 482, hal. 273).

ASAL USUL KATA “ALLAH”

Umumnya, kata “Allah” ialah kata singkatan dalam bahasa Arab bagi kata Al-ilah, yang bererti “Tuhan”. Baik orang Kristian Arab ataupun penyembah berhala juga menggunakan kata Ilah untuk Tuhan. Al-Kitab bahasa Arab dan bahasa Indonesia masa kini juga menggunakan kata “Allah“ untuk Tuhan. Dahulu, kata dalam bahasa Timur Tengah yang agak serupa yakni kata el membawa erti “tuhan”, baik digunakan untuk Tuhan yang benar atau berhala, dalam bahasa Ugaritik, bahasa Kanaan dan bahasa Ibrani. Sebelum Muhamad, Kaabah yang menempatkan para 360 berhala itu disebut Bait Allah atau “rumah Allah“. Ayah Muhamad yang meninggal sebelum Muhamad dilahirkan itu bernama “Abdullah” yang bererti hamba Allah. Tambahan juga, salah satu suku bangsa Yahudi digelar “Abdullah bin Salam” dalam Bukhari jilid 5, buku 59, bab 13, no. 362, hal. 241.

Khususnya, antara berhala yang dipuja di Mekah, salah satu berhala digelar “Allah”. Berhala ini ialah dewa bagi kaum Quraysh, dan dewa ini mempunyai tiga anak perempuan. Jika dibandingkan empat daripada lima rukun Islam, orang Mekah sebelum Muhamad juga berpuasa pada hari yang sama, memberi sedekah kepada kaum sendiri yang miskin papa, bersolat menghadap ke Mekah, dan menaikkan haji ke Mekah. Walaupun ada juga perbezaan yang banyak antara agama Islam dengan penyembahan berhala kaum Ouraysh, agak hairannya ialah adanya kesinambungan amalan-amalan Islam ini dengan kebiasaan penyembahan berhala kaum Quraish.

Bahagian berikut akan menunjukkan bahawa, seperti dewa utama Yunani Zeus yang berasal daripada kata umum untuk Tuhan (theos), perkara yang sama juga terjadi dengan orang Arab sebelum adanya Islam.

PARA PEMUJA ALLAH

Ramai orang primitif menyembah dewa matahari dan dewi bulan. Adalah luar biasa bagi orang Arab yang tinggal di sebelah Barat memuja dewa bulan dan isterinya, dewi matahari. Terdapatnya patung-patung pra-Islam yang merupakan simbol dewa bulan tersebut, yakni bulan sabit. Bulan sabit ini sama seperti bulan sabit Shi’ite orang islam, kecuali bulan sabit Shi’ites ditambahkan sebutir bintang kecil. Menurut Ensiklopedia Islam hal. 303, orang Yaman/ orang Sabaean juga mempunyai dewa bulan. Kaum Quraysh mungkin memperolehi berhala ini daripada mereka.

Seperti yang telah dikatakan, Allah mempunyai tiga anak perempuan yang dinamakan Lat, Uzza dan Manat. Pada suatu ketika, “nabi Allah” telah berkompromi dan mengatakan dalam Al Quran (Sura 53:19) bahawa “doa perantaraan mereka sangat diharapkan”. Dengan kata lain, dia mengatakan bahawa kita harus mengharapkan bantuan daripada tiga berhala ini.

Pengikut-pengikut Muhamad pasti terkejut ketika dia mengatakan hal ini. Kemudian, Muhamad pula berubah fikirannya dan berkata bahawa Iblis telah menipunya. Oleh sebab kesalahan telah dibuat, ayat-ayat ini “dimansuhkan“ atau dibuang. Ayat-ayat ini sering disebut “ayat Iblis“. Agak menarik untuk membaca bahawa Allah mempunyai “ayat-ayat yang dimansuhkan“ dalam Sura 13:39, Sura 16:101 dan Sura 2:106; padahalnya, Sura 41:37 ada menyebutkan bahawa pemuja dewa matahari dan dewi bulan tidak dibenarkan.

Ringkasnya, Mekah pada masa Muhamad merupakan kota yang sangat kosmopolitan. Orang Sabaean, suku bangsa Muhamad dan kaum Quraysh menyembah dewa bulan, bernama Al-ilah atau Allah, dan tiga anak perempuannya. Al Quran mengajar untuk tidak menyembah berhala, namun orang cendekiawan Islam mengakui bahawa Muhamad asalnya telah menyisipkan ayat-ayat yang mengatakan bahawa doa perantaraan ketiga anak perempuan Allah sangat diharapkan.

MUHAMAD SEORANG SUAMI

Sura 4:3 mengatakan bahawa orang lelaki boleh mempunyai paling banyak empat orang isteri, tetapi Sura 33:50 membenarkan pengecualian kepada Muhamad. Menurut cendekiawan Islam Ali Dashti, berikut ialah isteri-isteri dan gundik-gundik Muhamad:

1. Khadijah bt. Khuwailjd (yang pertama meninggal)

2. Saudah bt. Zam’ah

3. Aisyah bt. Abu Bakar (berumur 8-9 tahun)

4. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah

5. Hafsah bt. Umar

6. Zainab bt. Jahsyin

7. Juwairiyah bt. Harith (orang tahanan)

8. Umm Habibah Ramlah bt. Abi Sufian

9. Safiyah bt. Huyay (orang tahanan)

10. Maimunah bt. al-Harith

11. Fatimah (untuk jangka waktu yang singkat)

12. Hind (janda)

13. Asma bt. Saba

14. Zaynab bt. Khuzaima

15. Habla

16. Asma' bt. al-Nu'man

17. Maria al-Qibtiyya (orang Kristian)

18. Raihanah bt. Zaid (perhubungan yang tidak jelas)

19. Umm Sharik

20. Maimuna

21. Zainab bt. Khewalid

22. Khawla bt. Hakim

Muhamad menikahi Safiyah setelah membunuh suaminya dan orang kaum Banu Quraiza (Bukhari jilid 2, buku 14, bab 5, no. 68, hal.35, Bukhari jilid 4, buku 52, bab 74, no.143, hal.92, dan Bukhari jilid 4, buku 52, bab 168, selepas no. 280, hal.175-176).

Sememangnya wujud masalah yang sungguh mengelisahkan di Arab Saudi kerana wanita asing yang pergi ke sana sebagai pembantu rumah secara paksa digunakan sebagai hamba seks. Walaubagaimanapun, anda tidak dapat menuduh orang lelaki Arab Saudi yang melakukan perkara kutut ini sebagai munafik. Sesuai dengan tradisi agama mereka, memaksa hamba wanita untuk melakukan seks adalah diterima dari segi moral (lihat Bukhari jilid 3, buku 34 bab 111, no. 432, hal.237; Bukhari jilid 3, buku 34, bab113, selepas no. 436, hal. 239-240; Bukhari jilid 5, buku 59, bab 31, no. 459, hal. 317; Bukhari jilid 8, buku 76, bab 3, no. 600, hal. 391; Sahih Muslim jilid 2 buku 8, bab 560, no. 3571, hal. 732-733).

London Economist (6 Jan 1990) melaporkan bahawa orang Islam di Sudan menghambakan wanita dan anak-anak suku Dinka. Edisi Khas Newsweek pada 4 Mei 1992 tentang perhambaan juga melaporkan bahawa orang Islam masih menghambakan kaum berkulit hitam, seperti juga yang dilaporkan dalam Austin American Statesman pada 2 Februari 1996. Artikel dalam Readers Digest 3/1996 hal.77-81 yang bertajuk “Amalan penghambaan yang memalukan kembali ke Africa” adalah satu berita penindasan yang menyedihkan.

MUHAMAD SEORANG YANG MAKMUR

Muhamad bersama dengan orangnya merampas daripada para kafilah. Bukhari jilid 3, buku 37, bab 8, no. 495, hal. 280 mengatakan bahawa ”Ketika Allah membuat nabi-nabiNya kaya melalui penaklukan…”1/5 daripada barang rampasan dimasukan dalam perbendaharaan, dan Sahih Muslim jilid 2, buku 5, bab 401, no. 2348, hal. 519 mengatakan bahawa seluruh keluarga Muhamad mendapat sebahagian daripada hasilnya. Perampasan orang Islam pertama dikenali sebagai Serangan Nakhla. Semasa bulan suci, pengikut-pengikut Muhamad membuat serangan hendap terhadap sebuah karavan dengan para kafilahnya, membunuh seorang daripada mereka dan menjadikan yang lain hamba, dan merampas barangan mereka. Muhamad sendiri juga ikut memimpin serangan yang kedua di Badr. Muhamad menambah kekayaannya dengan menyerang pertempatan orang Yahudi di Khaibar. Dia dan pengikut -pengikut setianya juga mendapatkan barang rampasan dan isteri-isteri (Muhamad memerlukan isteri lagi?) daripada 700-1.000 orang Yahudi suku bangsa Banu Quraiza yang dipenggal kepala oleh Muhamad dan pengikut-pengikutnya setelah orang Yahudi ini menyerahkan diri.

MUHAMAD SEORANG PENDOSA

Ketika Alkitab mengatakan bahawa Yesus (Isa) adalah tanpa dosa, di sini akan diterangkan perkara yang dikatakan oleh Quran dan Bukhari Hadith tentang Muhamad. Dalam Sura 40:55 dan 48:1-2 Allah berkata kepada Muhamad untuk meminta ampun atas dosa (atau kelemahan) yang telah dibuatnya. Sekarang, orang tidak perlu meminta ampun atas kelemahan fizikalnya, namun atas kelemahan moralnya. Sahih Muslim jilid 1, buku 4, bab 268, no.1695, hal. 373 mengatakan bahawa Muhamad berdoa, ”Saya merasa bersalah dan mengakui dosa saya. Ampunilah seluruh dosa saya…” Bukhari jilid 1, buku 2, bab.13, no.19, hal. 23; Bukhari jilid 1, buku 12, bab 57, no. 781, hal. 434; Bukhari jilid 6, buku 60, bab 3, no. 3, hal. 4; Bukhari jilid 8, buku 75, bab 3, no, 319, hal. 213 dan Bukhari jilid 8, buku 75, bab 62 sebelum no. 407, hal.271 juga menyebut tentang dosa-dosa Muhamad. Hal yang lebih terperinci tentang dosa-dosa Muhamad juga disebutkan dalam Bukhari jilid 1, buku 4, bab 70, no. 234, hal. 147-148; Bukhari jilid 8, buku 82, bab 1, no. 794-795, hal. 520, yakni tercatat bahawa dia memotong lengan dan kaki orang, membakar mata mereka, dan membuat mereka mati kehausan setelah lengan dan kaki mereka dipotong (lihat jugaBukhari jilid 8, buku 82, bab 3, no. 796, bab 4, hal. 797; Bukhari jilid 6, bab 150 sebelum no.198, hal.158-159).

Anda mungkin akan setuju bahawa perkara-perkara yang dilakukan oleh Muhamad adalah dosa yang besar. Oleh sebab Muhamad telah melakukan dosa-dosa ini, lalu dia memang sangat perlu meminta pengampunan. Persoalan ialah: “Siapakah yang menebus dosamu?“ Yesus mengatakan bahawa Dialah yang membayar untuk menebus dosa kita. Islam tidakmengajarkan bahawa baik Allah ataupun Muhamad yang akan menebus dosa. Bagaimana dosamu akan ditebus, atau adakah Allah membenarkan sesuatu dosa dan tidak membenarkan dosa yang lain?

Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa dosa boleh dilakukan selagi orang itu mengakui dirinya orang Islam. Orang Islam pada abab ini membunuh orang Kristian dan melakukan pembunuhan besar-besaran di seluruh desa-desa di Sudan, Nigeria, dan Indonesia. Ketika orang yang disebut Kristian membunuh orang Islam, orang akan berpendapat bahawa orang Kristian tersebut telah melawan sifat Kristus. Ketika orang Islam membunuh orang Kristian, yang menyembah Allah yang Sejati, saya tidak pernah mendengar orang mengatakan bahawa orang Islam tersebut melawan sifat Muhamad.

Maafkan saya kerana terlalu berterus-terang, namun tindakan orang Islam membunuh orang yang menyembah Allah harusnya berhenti. Ketika orang Islam cuba menjustifikasikan tindakan pembunuhan mereka kerana nabi mereka (Muhamad) juga melakukan hal ini, maka orang lain akan mempunyai syak wasangkan tentang nabi mereka, Allah mereka yang memansuhkan kata sendiri , dan asal usul Islam.

PERTIMBANGKAN NABI YANG TANPA DOSA

Sebalik Muhamad, ada seorang Nabi yang:

· menyatakan Dirinya sebagai nabi Allah,

· menggenapkan segala ramalan dan maksud,

· tidak pernah diampuni kerana memang tidak pernah berdosa,

· tidak pernah membunuh atau mengancam nyawa orang lain

· mempunyai standard moral yang sangat tinggi (tidak pernah membenarkan seks secara paksaan),

· berjanji untuk membayar tebusan atas dosamu,

· menderita dan mati untukmu,

· tidak mempunyai kubur, kerana dia telah bangkit dari kematiannya

Yang kita sebutkan di sini ialah Yesus Kristus (Isa Al-Masih). Orang Kristian tidak perlu berkata kepada Yesus bahawa: “semoga damai Allah menyertaiNya (Yesus)“, kerana Yesuslah Raja Damai itu sendiri; dan damai Allah sudah dan akan selama-lamanya bersama dengan Yesus. Lebih daripada itu, harapan saya ialah anda akan menemukan damai Kristus dan kasihNya supaya damai dan kasih Kristus ini sentiasa hidup dalam hatimu.

Artikel Blog Lain