Sifat Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia sntiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.
Sifat Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam pertuturan seharian bersama suaminya.
Sifat Al-Hannaanah
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan kepada lelaki
supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak mudaratnya.
Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu memberatkan
dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.
Sifat Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
- Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
- Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya)
Sifat Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap
sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.
Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik jika
ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan iaitu :-
- Sifat Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.
- Sifat Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah.