Paling Popular Minggu Ini

Thursday, January 6, 2011

jersi baru pasukan klate 2011

Akhirnya teka-teki mengenai jersi baru pasukan Klate akhirnya terungkai. Yusmira sekali lagi menjadi penaja pasukan the red warrior di samping Al-Hamra. Tajaan astro di dada hanya sekadar ilustrasi kerana penaja utama masih belum diputuskan. Namun , penaja utama liga malaysia musim ini dijangka akan ditaja oleh Maxis.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memperkenalkan barisan pemain skuad Liga Super Kelantan musim ini dalam satu majlis yang akan diadakan di ruang legar KB Mall, Kota Bharu pada jam tiga petang hari Jumaat ini. Pengerusi kelab bola sepak Cardiff City iaitu Datuk Chan Tien Ghee akan turut hadir dalam majlis tersebut sebagai tetamu jemputan khas.Datuk Chan Tien Ghee merupakan seorang tokoh ahli perniagaan dari Malaysia yang memiliki kelab tersebut yang kini beraksi dalam Liga Divisyen Satu di England.
Jadi, kepada sesape yang berkesempatan boleh lah meluangkan sedikit masa ke sana kerana peminat juga akan dipersembahkan piala yang baru digenggam oleh pasukan negara iaitu Piala Suzuki AFF disamping piala Malaysia dan Piala Emas Raja-Raja.

Artikel Blog Lain