Tuesday, December 6, 2011

Graduan ISMP Tidak Dianaktirikan


BATU PAHAT - Kira-kira 5,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan akan dilantik sebagai guru di sekolah menengah mulai Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,894 graduan ISMP telah pun ditemu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata, jumlah pengambilan tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 4,318 orang dilantik sebagai guru tahun ini.

"Justeru saya menafikan graduan ISMP dianaktirikan dalam pemilihan guru kerana ia dibuat berdasarkan kelayakan dan opsyen bersesuaian,'' katanya. - Kosmo.

komen : harap-harap ini akan berkekalan hingga ke tahun-tahun mendatang. Harap pihak kerajaan ikhlas menolong graduan ISMP ini.