Paling Popular Minggu Ini
-
Penemuan membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh...
-
NEW RM50 COMING SOON Pandangan Belakang. (Gambar) Duit RM50.00 Akan Datang Pandangan Depan. Fakta mengenai RINGGIT MALAYSIA. Ringgit atau tu...
-
Kelate juga banyak menggunakan perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Berikut adalah contoh perkataan dialek kelantan yang dipinjam ...
-
Azan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap Allah Yang Maha Kuasa dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad SAW. Azan juga...
-
Antara kriteria jodoh untuk mencari pasangan lelaki; 1.Menjadi pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab 2.Mencari nafkah yang ...
Tuesday, December 20, 2011
Cara Nak Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Labels:
fakta menarik