Tuesday, March 22, 2011

10 tempat paling menarik untuk berbulan madu


1. The Seychelles
Daerah ini adalah daerah paling digemari dan menduduki tempatt pertama bagi banyak pasangan untuk berbulan madu. Terletak di Samudera Hindia, tempat ini menawarkan pantai dengan pasir putih, laut jernih, dan beberapa makanan segar yang unik.

2. Marrakech, Maroko
Marrakech adalah tempat bulan madu yang sempurna. Pasangan boleh beristirehat dan bersantai, sambil menikmati pelancongan budaya yang luar biasa dan pemandangan kota yang sangat indah. Selain itu pasangan bulan madu juga boleh mencuba masakan tempatan yang lazat dan dapat naik unta romantis keliling kota.

3. Jamaica
Ini adalah daerah bulan madu kegemaran ketiga yang dipilih pasangan bulan madu. Terletak di Laut Karibia, daerah ini memiliki beberapa pantai yang paling indah di dunia yang benar-benar murni.

4. Las Vegas
Dulu, kota ini digelar kota pendosa, tapi citra itu pupus dengan makin banyaknya, pasangan pengantin baru yang menjadikan kota ini sebagai kota tujuan bulan madu.

5. Bulgaria
Mungkin kejutan terbesar jika kota Bulgaria masuk dalam senarai. Terletak di Eropah Tenggara, kota ini terkenal kerana memiliki sejarah dan budaya beragam. Pantainya juga menawarkan keindahan bagi pasangan bulan madu.

6. New York

Kota yang dikenal dengan julukan The Big Apple juga merupakan kota belanja yang sangat baik di dunia. Ditambah lagi dengan beberapa tempat pelancongan menarik. Tidak menghairankan jika tempat ini adalah tempat yang layak anda kunjungi bersama pasangan sebelum wafat.

7. Jepun

Sebagai negara adikuasa, dan negara pengeksport ke empat di dunia, tidak menghairankan jika industri pelancongannya pun mengalami kenaikan luar biasa. Jepun dikenali kerana memiliki sejumlah tempat bersejarah yang merupakan tempat kegemaran untuk berhibur bersama keluarga

8. Mesir
Mesir adalah negara yang memiliki segalanya. Mulai dari akses ke Laut Merah, lokasi pelancongan bawah laut yang menarik, hingga lokasi pelancongan skuba yang menarik. Pantai di Mesir juga dikenali sangat eksotis dan merupakan satu dari tujuh keajaiban dunia.

9. Thailand

Thailand lebih dikenali dengan pelancongan pantai dan keanekaragaman budaya yang menarik. Mulai dari The Temple of The Emerald Buddha, atau tempat belanja di Bangkok yang juga merupakan syurga bagi penggemar belanja.

10. The Maldives
Maldives adalah satu negara kecil di kawasan Asia. Daerah ini dikenal sebagai negara berkembang dengan pertumbuhan ekonomi yang terus naik dari tahun ke tahun. Di daerah ini, pasangan bulan madu boleh melakukan perjalanan eko-pelancongan yang memang menjadi ciri khas dari negara ini