Paling Popular Minggu Ini

Thursday, February 10, 2011

keindahan proton city

Bandar raya Proton atau 'Proton City' merupakan bandar yang diwujudkan berikutan persefahaman antara kerajaan negeri Perak dengan kerajaan negeri Selangor untuk membangunkan Lembah Bernam. Kerajaan negeri Perak diwakili oleh Menteri Besar Perak , Tan Sri Ramli Ngah Talib dengan Menteri Besar Selangor , Tan Sri Mohammad Mohamad Taib sekitar tahun 1990.

Bandar raya Proton terletak di sebelah kanan Lebuh raya Utara Selatan , antara bandar Tanjung Malim dengan Slim River. Kawasan ini merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit yang tidak lagi ekonomik berbanding dengan perumahan dan zon perindustrian.

Bandar ini menempatkan kilang Proton khusus untuk pengeluaran kereta jenama Gen 2. Kilang Proton di Kawasan Perindustrian Hicom Glemarie , Shah Alam, Selangor tidak lagi dapat menampung keperluan pengeluaran kereta Proton.





















































Artikel Blog Lain