Paling Popular Minggu Ini

Tuesday, January 18, 2011

Sifat-Sifat Wanita Yang Harus Dielak

Sifat Al-Annaanah

Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia sntiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.

Sifat Al-Mannaanah

Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam pertuturan seharian bersama suaminya.

Sifat Al-Hannaanah

Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan kepada lelaki

supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak mudaratnya.

Sifat Al-Haddaaqah

Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu memberatkan

dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.

Sifat Al-Barraaqah

Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-

  • Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
  • Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya)

Sifat Al-Sallaaqah

Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap

sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.

Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik jika

ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan iaitu :-

  • Sifat Al-Baqlu.

Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.

  • Sifat Az-Zahhu.

Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah.

Artikel Blog Lain