Friday, January 7, 2011

cara-cara nak cari calon suami dan isteri

Ciri-ciri calon suami

1.Pilihlah suami berdasarkan pegangan agama dan bertanggungjawab.
2. Berilmu, berakhlak, pandai berkomunikasi, bijak mengurus ekonomi dan kewangan, kuat beribadat, berfikiran terbuka, bertolak ansur, bersefahaman, tolong menolong, tegas, berpandangan jauh dan boleh menerima teguran.
3. Seorang yang memberi keutamaan kepada soal kasih sayang, nafkah, pergaulan, keselamatan, kesihatan anggota keluarga dan tempat tinggal.
4. Menjadikan kepentingan keluarga lebih daripada kepentingan diri sendiri.
5. Memahami kehendak isteri dan sentiasa mengekalkan kemesraan walaupun sudah lama berkahwin.
6. Suami juga perlu menanamkan dalam diri bahawa niat dia berkahwin adalah kerana Allah, kerana ia akan lebih menjadikan seseorang suami itu memikul tanggungjawab mereka yang sebenar-benarnya.
7. Adil dengan isteri dan tanggungjawabnya dengan ibu bapanya juga.


Ciri-ciri calon Isteri

1. Perlu pandai menjaga kesihatan dan kecantikan diri.
2. Jaga bentuk badan agar sentiasa nampak langsing dan menarik.
3. Jangan lupa bersolek untuk suami.
4. Sambut kepulangan suami dari kerja dengan senyuman. Hiasi diri anda agar suami merasa seronok apabila pulang ke rumah.
5. Layan suami di meja makan.
6. Bijak melayani kehendak suami.
7. Memahami suami dan boleh bertolak ansur serta bertimbang rasa.
8. Menghormati suami.
9.Bijak menjaga kehormatan dan boleh menjaga harta suami.