Paling Popular Minggu Ini

Saturday, March 3, 2012

Kesan Mencabut Bulu Hidung


Jika dibiarkan terlalu panjang, bulu hidung memang mengganggu penampilan sehingga perlu dirapikan. Sebaiknya dipotong dengan gunting khusus, jangan dicabut kerana lebih berisiko menyebabkan jangkitan ataupun radang pada lubang hidung.

Bulu hidung yang dicabut akan segera digantikan dengan bulu baru yang tumbuh di kelenjar atau liang roma. Seperti juga bulu-bula di permukaan tubuh yang lain, bulu hidung juga mempunyai risiko tumbuh ke dalam lapisan kulit (ingrown nasal hair).

Bulu yang tumbuh ke dalam tidak akan keluar ke permukaan kulit tetapi ia masuk ke dalam kulit dan disebut extrafollicular penetration. Ia akan menyebabkan radang di sekitar kelenjar atau liang roma, yang kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan bakteria.

Selain membengkak kemerahan, simptom yang sering terjadi disebabkan ingrown nasal hair adalah rasa pedih di dalam lubang hidung di sekitar tempat tumbuhnya bulu. Sekali pandang, benjolan tersebut seakan jerawat namun sebenarnya tidak.

Biasanya ingrown nasal hair akan sembuh dengan sendirinya ketika hujung bulu sudah menemui jalan untuk menembusi keluar dari permukaan kulit. Namun prosesnya kadang kala memakan waktu dan selama itu ia akan terasa sangat sakit, terutama jika hidung dipicit.

Untuk mempercepatkan keluarnya bulu hidung ke permukaan, selalu amalkan memasukkan hidung dengan air panas agar peredaran darah menjadi lancar dan pori-pori kulit terbuka.

Risiko jangkitan sangat besar kerana lubang hidung merupakan salah satu tempat berkumpulnya bakteria Staphylococcus aureus, penyebab utama bisul.

Sementara itu untuk mencegah ingrown nasal hair, sebaiknya jangan cabut bulu hidung dengan pin. Cara terbaik untuk merapikannya adalah memotongnya dengan gunting khusus dan jangan terlalu pendek kerana fungsi bulu hidung adalah untuk menapis debu agar tidak masuk.

Friday, March 2, 2012

Sebab Allah menghilangkan lidah ikan


Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka ... Baca Selengkapnya

Thursday, February 23, 2012

Hukum Menonton Laman Web Lucah Untuk Elak Zina


Soalan :

Saya adalah seorang pelajar yang belajar di Amerika Syarikat. Di sini terlalu banyak godaan yang menggugat hawa nafsu. Jikalau kami pelajar disini diberi kebenaran untuk berkahwin, sudah lama saya kahwin. Namun, seperti ditetapkan oleh penaja, kami dilarang membuat hal sedemikian.

Saya secara jujur adalah seorang yang mempunyai iman yg lemah dan berpenyakit. Apabila saya buat something yg salah, selalu saja akn memohon maaf, namun tidak dapat mengelak dari perbuatan itu lagi.

Persoalan saya, memandangkan saya sedang dalam umur remaja, apakah salah sekiranya saya melihat laman web lucah kerana dengan cara inilah saya boleh mengelakkan diri saya dari melakukan seks/zina dngan orang lain? cbaran dan dugaan menetap di AS ini sangatlah besar, namun saya khuatir saya tidak dpt menanganinya. Saya tahu hukum menonton perkara sebegitu adalah haram, namun itulah jalan penyelesaian yg saya boleh ambil setakat ini.

Saya sebelum ini sudah berusaha untuk mencegah perkara ini dgn melakukan puasa, solat sunat, membaca al quran, namun semuanya tidak kekal lama. Saya terdorong untuk membuat perkara sedemikian. Jikalau di Malaysia, sekurang-kurangnya saya masih boleh elak perkara ini, namun tidak di sini.
Harap dapat maklum balas, sekian terima kasih, wassalam..

Jawapan :

Apa yang saudara lakukan adalah ibarat , lari dari mulut naga , tetapi masuk pula ke mulut singa.Kedua-dua perbuatan tersebut adalah sia-sia dan merugikan sahaja.

Sebenarnya , perbuatan menonton filem lucah tersebut lebih mendedahkan saudara kepada perbuatan zina yang diharamkan Allah swt.Maka apabila kita terjebak kepada perbuatan zina , sudah semestinya kita hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menghampirkan diri kepada zina.Apatah lagi dengan menonton filem lucah.

Maka hukum melihat filem lucah adalah haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )

Dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang memerlukan kepada kesungguhan yang betul-betul teguh dan mantap.Lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan nafsu syahwat yang sememangnya sukar dibendung.Berpegang teguhlah kepada ajaran Islam.Lakukanlah perkara2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.bacalah al-Quran dan berdoalah sebanyak mungkin serta berkawanlah dengan orang-orang yang berilmu yang boleh mebawa dan membimbing kamu kejalan yang diredhai Allah swt.

Artikel Blog Lain