Paling Popular Minggu Ini

Tuesday, October 4, 2011

Orang yang pertama minum air zamzam


Orang yang pertama menulis Bismillah :

Nabi Sulaiman AS


Orang yang pertama minum air zamzam :

Nabi Ismail AS


Orang yang pertama berkhatan :

Nabi Ibrahim AS


Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :

Nabi Ibrahim AS


Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :

Nabi Adam AS


Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :

Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)


Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :

Nabi Muhammad SAW


Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :

Abu Bakar AsSiddiq RA


Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:

Umar bin Al-Khattab RA


Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:

Al-Hasan bin Ali RA


Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:

Thuwaibah RA


Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :

Al-Harith bin Abi Halah RA


Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:

Sumayyah binti Khabbat RA


Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :

Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA


Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :

Saad bin Abi Waqqas RA


Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:

Bilal bin Rabah RA


Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :

Ali bin Abi Tholib RA


Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:

Tamim Ad-dary RA


Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :

Az-Zubair bin Al-Awwam RA


Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:

Ibban bin Othman bin Affan RA


Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :

Khadijah binti Khuwailid RA


Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :

Imam Syafei RH


Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:

Ali bin Abi Tholib RA


Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :

Muawayah bin Abi Sufyan RA


Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :

Harun Ar-Rasyid RH


Orang yang pertama mengadakan baitul mal :

Umar Al-Khattab RA


Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:

Ali bn Abi Tholib RA


Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :

Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH


Orang yang pertama digelar Al-Muqry :

Mus'ab bin Umair RA


Orang yang pertama masuk Syurga :

Nabi Muhamamad SAW


Kelebihan Membaca Ayat Qursi

Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,

Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya


Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,

Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya


Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh


Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan

Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.


Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:


"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah

hilangkan segala kefakiran di depan matanya."


Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."


Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan

Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.


Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah

mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap solat Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap solat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir solat Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"

Konsep Papan Kekunci Pada Masa Hadapan?

Ini adalah gambar² konsep papan kekunci futuristik yang dicipta oleh seorang pereka iaitu Laroslav Neliubov. Ia merupakan papan kekunci sentuh yang sensitif dan berkilat lebih kurang sepertimana iPhone jugak la dengan beberapa ciri tambahan lain yang agak mengagumkan seperti mana kemampuan untuk menukar layout, bahasa juga disertakan bersama slot DVD dan USB.

Konsep Komputer Riba Gulung Rekaan Masa Depan

Konsep rekaan yang direka oleh Hao Hua, merupakan konsep reka bentuk komputer riba pada masa hadapan. Walaupun ia hanya satu konsep, tetapi rekaannya yang unik pastinya memberi inspirasi kepada orang lain untuk menghasilkan yang lebih baik dan lebih praktikal.

Sumber: klik-aje.blogspot.com

Artikel Blog Lain