Paling Popular Minggu Ini
-
Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS Orang yang pertama berkhata...
-
Penemuan membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh...
-
ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengat...
-
Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini…, sebelum ajal menjemput ku… 20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya...
-
Tuesday, August 23, 2011
tarikh dan tempat melihat anak bulan syawal 1432h
Gambaran Hari Kiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Sunday, August 21, 2011
Hikmah sujud
Tanda Malam Lailatulqadar
*copy paste from grup
ciri-ciri lelaki idaman
Tuesday, August 16, 2011
cara nak buat menu page di header blog
di sini saya ingin kongsi cara untuk membuat menu page di atas header blog anda. hanya ikut 4 langkah mudah seperti di bawah ini. selamat mencuba.
1. Go to Blogger Dashboard
2. Click edit Post
3. Click edit Pages
4. New Page
Saturday, August 6, 2011
Peliknya Manusia
PELIK
YA, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
PELIK
YA, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
PELIK
YA, betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di pawagam.
PELIK
YA, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak
pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang berkali-kali.
PELIK
YA, dengar iklan jualan murah dalam TV, rasa tak sabar-sabar nak pergi
beli-belah tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel
lain.
PELIK
YA, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.
PELIK
YA, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan, saat berdoa atau
solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.
PELIK
YA, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan
bola sepak jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat
Tarawih bacaannya lama dan panjang.
PELIK
YA, rasa susah
sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman tapi majalah hiburan
dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
PELIK
YA,
ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert
tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh
cepat keluar.
PELIK
YA, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.
PELIK
YA, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mel internet SMS, MMS
tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.
PELIK
YA, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam e-mel
tapi bila berpesan yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua
tiga kali.
Thursday, August 4, 2011
Kadar Zakat Fitrah 2011
Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:
- Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Niat Zakat Fitrah
Tuesday, August 2, 2011
apa guna berpuasa kalau tak solat
"si polan kau memang jahat laa,, teruk sungguh perangai kau, dah laa muka huduh, mata blur jaa, kulit pun hitam, pakai baju pun berkedut, seluar pun huduh,, jenama cap ayam,, apa laa kau nie mamat,, mamat pinjam RM5, esok2 aku bayar la"
confirm dia x bagi,,
~* Begitulah orang yang berpuasa tetapi tidak solat 5 waktu, tidak menutup aurat, mengumpat dan memaki orang lain, riak, takabur dan lain2..*~
Adakah puasa mereka diterima oleh Allah??
Monday, August 1, 2011
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M
BIL | NEGERI | ZON |
---|---|---|
1 | MELAKA | MELAKA |
2 | JOHOR | |
3 | PERAK | |
4 | SARAWAK | ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK |
5 | SABAH | ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR |
6 | TERENGGANU | |
7 | KELANTAN | |
8 | SELANGOR | |
9 | PAHANG | |
10 | WILAYAH PERSEKUTUAN | |
11 | WILAYAH PERSEKUTUAN | LABUAN |
12 | PERLIS | PERLIS |
13 | NEGERI SEMBILAN | |
14 | KEDAH | |
15 | PULAU PINANG | PULAU PINANG |