Paling Popular Minggu Ini
-
Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS Orang yang pertama berkhata...
-
Penemuan membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh...
-
ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengat...
-
Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini…, sebelum ajal menjemput ku… 20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya...
-
Thursday, April 14, 2011
tips layan isteri
2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you. Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh,
3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.
4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.
5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula.
6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.
7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri-isteri Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.
8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.
Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul-betul sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu-ragu sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.
Tuesday, April 12, 2011
apa itu nuffnang n advertlets ?
Rahsia Disebalik Advertlets dan Nuffnang?
Melihat dari kedua-dua pengiklanan diatas mesti ramai yang menganggap ianya lubuk segala kaki blog. Namun ianya adalah lubuk kepada para kaki blog dari Asia Tenggara sahaja, termasuk Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia. Namun ramai juga tidak tahu rahsia disebalik pengiklanan diatas. Mereka cuma tahu meletakkan sahaja di blog tapi tidak tahu disebalik semua itu. Di akhir artikel ini, saya akan membongkarkan rahsia di sebalik kedua-duanya.
Pengenalan utama kepada program buat duit Advertlets dan Nuffnang adalah berasaskan kepada PPC (Pay Per Click) sama juga seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain. Berbeza dengan Google Adsense dan program pay per click yang lain yang membuka penyertaan dari kebanyakan negara di dunia. Tidak seperti kedua pengiklan diatas, cuma publisher dari negara Asia Tenggara sahaja yang boleh mengiklankan iklan dorang.
Kelebihan dan Kekurangan di antara kedua-dua pengiklanan [pendapat saya]
Advertlets
1. Mudah untuk diupdates dan tidak perlu menjawab pertanyaan survey
2. Banyak pilihan banner pengiklanan yang disediakan
3. Iklan selalu keluar dalam blog
4. Aliran masuk duit setiap hari tanpa klik
5. Bayaran PPC tidak mengikut jenis iklan
6. Web yang berserabut dan sakit mata untuk mengatur blog
7. Memiliki blog sendiri dan komuniti yang join
Nuffnang
1. Perlu menjawab soalan survey untuk diupdates
2. Cuma menyediakan 3 pilihan banner sahaja
3. Iklan selalu jarang keluar dalam blog
4. Aliran masuk duit setiap kali di klik shaja
5. Bayaran PPC mengikut jenis iklan
6. Web yang simple dan senang untuk mengatur blog
7. Memiliki blog sendiri dan komuniti yang join
Jadi yang mana satu pilihan kalbu..
Saya lebih suka gemar advertlets kerana aliran duit masuk tanpa ada orang mengklik. Tidak gemar sangat kepada nuffnang yang ada kekurangan yang tersedia. Namun dalam kajian mendalam saya dan saya juga percaya dalam setahun menggunakan jenis iklan diatas, pelawat web/blog jarang mengklik banner2 seperti ini, kenapa ya? maybe mereka sudah tahu kot, sebab itu lah saya lebih gemar aliran masuk duit hari-hari tanpa mengunggu sampi ke tua orang nk klik banner2 tu. Tidak mengapa.. Ok sekarang mari saya bongkarkan rahsia di sebalik segalanya yang saya alamai..
Rahsia Advertlets
Melihat dari Page Impressions di bahagian daily earning, perbezaan ketara kaki blog yang meletakkan iklan advertlets dgn 'pakar' advertlets ialah jika Page Impressions kaki blog yang meletakkan banner mereka di bahagian page element (blogger.com) contoh mendapat lebih 500 Impressions setiap hari bergantung juga kepada kewibawaan blog/web yang ramai pelawat (tanpa klik), mereka akan memberi anda dalam purata 0.10-0.20 sen sahaja.
Tapi tidak seperti pakar, mereka mendapat Page Impressions yang sama sahaja namun purata mereka dapat 0.40-0.50 sen untuk 500 Impreessions. Jangan dianggap mereka main kotor, mereka sama sahaja kepada kaki blog yang lain. Yang beza nya (jeng2) mereka meletakkan banner advertlets di bahagian atas sekali (format 728x90). Mereka faham bahawa jarang sekali orang akan mengklik banner2 tersebut, jadi mereka lebih gemar aliran masuk berterusan yang lebih fleksibel. Jadi pendapatan sampingan mereka dapat contoh sehari 0.50 sen x 30 hari = RM15.. kira ok lah, duit sampingan sahaja. Cara nak letak banner di atas sekali di blog untuk pengguna blogger sahaja yang saya tahu lah, pergi 'edit html', cari code 'head' (head yang dibahagian atas sekali, bukan kat bawah), letak tepat dibawahnya, dan save. Tips lain, digalakkan 1 Advertlets untuk 1 blog/web, jika lebih Page Impressions akan menurun.
Rahsia Nuffnang
Syarat utama untuk menjadi ahli Glitterati adalah, anda tidak boleh memasukkan iklan lain
yang konsepnya seperti Nuffnang. Iklan yang tidak di benarkan adalah iklan dari Asia
Tenggara. Contohnya dari Malaysia iaitu Gokita, Advertlets dan sebagainya. Iklan lain
yang bersifat global seperti Google Adsense di benarkan. Maksudnya anda kena setia kepada nuffnang je lah. So, dalam masa 48 jam Nuffnang akan crawl blog kita dan bila dia tengok takde iklan lain selain dia, kita akan naik pangkat jadi ahli Nuffnang Glitteri (bergantung).
Apa yang bagusnya bila jadi ahli Nuffnang Glitteri ni, Jom Bongkar?
1. Payment rates CPM : Earning akan meningkat sebanyak 20% sehingga 50% berbanding
nuffnang ahli biasa.
2. Payment rates CPC : Minimum RM0.25 per klik berbanding RM0.15 sahaja bagi ahli
nuffnang biasa.
3. Payment Term : Bayaran akan dapat dalam masa 30 hari selepas cash out berbanding 60
hari bagi ahli nuffnang biasa.
4. Peluang Pengiklanan : Lebih cerah berbanding ahli nuffnang biasa Page10 Of 30
5. Community Event : Diperuntukkan 70% kepada ahli Glitteri berbanding 30% sahaja kepada ahli nuffnang biasa.
6. Pemenang pertandingan : 70% hadiah eklusif berbanding 30% hadiah tidak eklusif kepada ahli biasa.
Jadi sekarang anda dapat menilai yang mana satu lebih baik dan lebih efisyen. Tips lain, Jangan terlalu fanatik dan fokus kepada kedua-duanya sahaja anggap sahaja sebagai ianya sebagai alat dan cara kita wang atau pendapatan sampingan di internet selain membuat blog atau website..
sumber : http://udnamafaza.blogspot.com/2008/10/rahsia-disebalik-advertlets-dan.html
Simbol PEACE !
Sunday, April 10, 2011
Apa Itu Kecantikan ?
Dalam mencari pasangan hidup, sudah lumrah lelaki selalu mencari wanita yang cantik. Hal ini wajar, bahkan Islam sebagai agama yang mengetahui apa yang diinginkan (hajat) umatnya menyuruh melalui lisan Rasulullah SAW. untuk mencari wanita yang cantik. Sebagaimana beliau mengatakan:” Nikahilah perempuan itu karena empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah wanita yang beragama jika tidak engkau akan merugi”. Ini bukan sekedar ucapan saja, namun telah dibuktikan ketika al-Mughirah bin Syu’bah ingin meminang seorang wanita, ia menceritakan hasrat hatinya kepada Rasulullâh Saw. kemudian beliau menyuruhnya untuk melihat wanita tersebut terlebih dahulu supaya terciptanya ketenteraman.
Dalam mencari pasangan hidup, sudah lumrah lelaki selalu mencari wanita yang cantik. Hal ini wajar, bahkan Islam sebagai agama yang mengetahui apa yang diinginkan (hajat) umatnya menyuruh melalui lisan Rasulullah SAW. untuk mencari wanita yang cantik. Sebagaimana beliau mengatakan:” Nikahilah perempuan itu karena empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah wanita yang beragama jika tidak engkau akan merugi”. Ini bukan sekedar ucapan saja, namun telah dibuktikan ketika al-Mughirah bin Syu’bah ingin meminang seorang wanita, ia menceritakan hasrat hatinya kepada Rasulullâh Saw. kemudian beliau menyuruhnya untuk melihat wanita tersebut terlebih dahulu supaya terciptanya ketenteraman.
Tepat sekali apa yang dikatakan seorang sasterawan, bahawa cantik itu wanita dan wanita itu cantik. Ertinya, memang sudah menjadi fitrah wanita untuk selalu tampil menarik dan indah. Dalam menumbuhkan kecantikan terkadang para wanita selalu menggunakan pelbagai macam cara, ada yang dengan mengoperasi bahagian dari tubuhnya supaya kelihatan semakin cantik, ada mengikuti latihan aerobik biar selalu kelihatan langsing dan indah, ada yang dengan melakukan kegiatan rutin ke salon, dan memperbanyak perhiasan untuk dipakai di tubuhnya dan bentuk-bentuk lainnya.
Islam sebagai agama yang tidak suka berfoya-foya, dan selalu menjaga martabat wanita mempunyai ciri khas tersendiri bagaimana supaya pasangan hidupnya semakin cinta. Kerana kecantikan yang alami dan bersifat bathin akan selalu terpancar sinarnya sekalipun tidak dihiasi dengan alat kosmetik. Berbeza dengan kecantikan lahir hanya akan bertahan sementara dan berakhir dengan mengecewakan.
Bagaimana kecantikan batin itu? Kecantikan batin tidak membuat wanita harus mengeluarkan wang banyak, tidak memerlukan aksesori duniawi dan tidak mengharuskan wanita untuk keluar rumah. Hal itu, hanyalah kecantikan yang ditujukan untuk membuat suami selesa dirumah dan selalu bahagia ketika memandang dirinya. Kecantikan batin hanya bersifat ke dalam dengan tujuan mengamalkan sunnah Rasulullâh Saw. Sebagaimana beliau mengatakan: sebaik-baik wanita jika kamu memandangnya dapat membuat senang, jika kamu menyuruhnya selalu taat, jika kamu memberinya (wang) akan diguna olehnya untuk kebaikanmu, jika kamu pergi akan menjaga dirinya dan hartamu” (HR. An-Nasâî).
Kecantikan batin hanyalah berupa perbuatan-pebuatan kecil yang mampu membuat suami bertambah sayang dan Allah pun redha kepadanya. Seperti yang dilakukan istri Ishaq, yang selalu membuatnya senang dan bahagia ketika berada dirumah. Setiap malam Ishaq selalu dibangunkan solat malam, kalau sarapan selalu ditemani, tidak mengizinkan pembantu untuk mengurus hal-hal yang berkaitan dengan suaminya dan terlebih istimewa lagi ketika pulang kerja selalu disambut dengan senyum tulusnya, yang mampu membuat Ishaq merasa tidak pernah lelah mencari nafkah hidup.
Kecantikan batin akan terwujud jika seorang wanita mampu memiliki tiga kecantikan utama:
Kecantikan Jiwa (jamâl al-Rûh)
Seorang wania yang memiliki kecantikan jiwa akan selalu melakukan sesuatu dengan niat karena Allah Swt., cintanya kepada suami hanyalah sebagai jalan untuk menggapai cinta Ilahi. Dia siap menerima kekurangan yang ada pada suaminya, tidak pernah menuntut hal yang lebih dan selalu menggembirakan suaminya sekalipun sedang mengalami kesusahan. Wanita seperti ini tidak pernah “haus” pada dunia, selalu tawakkal kepada Allah dan yakin bahwa Allah akan memberikan yang lebih baik dari yang di harapakannya di dunia ini serta berpegang pada janjiNya dalam surat Adh-dhuha :4 : ” Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik bagimu dari permulaan”.
Sifat inilah yang melekat pada Ummul mukminin, Hajar, Khadijah, Aisyah, Asma’ binti Abu Bakar dan wanita-wanita muslimah lainnya yang benar-benar mencari cinta Ilahi. Kecantikan jiwa akan menimbulkan pancaran cahaya alami di wajah yang mampu membuat suami bahagia tanpa perlu diolesi dengan kosmetik mahal.
Kecantikan Diri (jamâl al-Nafs)
Pada masa sahabat, ada seorang lelaki menceritakan kecantikan isterinya ketika sedang berkumpul dengan para sahabat. Dia menceritakan hal itu, kerana beberapa hari tidak pernah berkumpul dengan para sahabatnya, sehingga ketika bertemu mereka bertanya perihal dirinya. Dia menceritakan sifat isterinya: “ketika aku bersamanya terasa diri ini bagaikan tidak pernah mengalami kesusahan, perbuatannya selalu membuatku semakin jatuh cinta kepadanya, setiap hari aku lihat akhlaknya bertambah baik, tidak pernah menimbulkan kegelisahan, ketika pulang dari bekerja terasa hilang lelahku kerana senyuman dan sambutannya yang begitu hangat, sekalipun kukatakan bahawa hari ini tidak mendapat hasil lebih baik dari kelmarin, namun dia tetap tersenyum dan terus memberiku semangat. Keindahan yang diberikannya tanpa hiasan alal-alat kecantikan. Dia cantik dari dalam”. Kecantikan diri merupakan perkara kedua yang mampu membuat suami menjadi selesa dirumah dan tidak pernah merasa gelisah. . Kecantikan hanya ditujukan untuk suami saja, tidak untuk yang lain.
Kecantikan Akal (jamâl al-’Aql)
Apa hubungan kecantikan akal dengan “kecantikan dari dalam”? Untuk menjawab ini kita harus mengingat apa tujuan menciptakan kecantikan itu sendiri, tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi isteri yang solehah. Target ini akan tercapai jika seorang itu rajin membaca dan mencari maklumat, yang kedua-duanya merupakan “hidangan” akal. Jika seorang wanita rajin membaca buku-buku tentang bagaimana membina rumah tangga yang baik, menjadi isteri yang tidak pernah membuat hati suami kecewa dan selalu memberikan penyelesaian ketika ia ada masalah, maka sangat lengkaplah gelar yang akan disandangnya, iaitu “dia cantik dari dalam”. Kerana, isteri/wanita yang solehah tidak akan pernah menunjukkan kecantikannya kecuali untuk suaminya saja. Jika tenteram hati suami dengan keadaan dan sikapnya insya Allah redhaNya pun tidak akan pernah lepas dari dirinya.
Seorang isteri/wanita yang kecantikannya hanya ditujukan untuk suami saja, maka syurga pun tidak jauh dari dirinya hanya tinggal meningkatkan amal ibadah yang lain. Kerana, kedudukan suami hampir sama dengan kedudukan kedua orang tua ketika akad nikah telah dinyatakan sah. Maka, buat para muslimah/wanita yang ingin membentuk dirinya menjadi isteri yang “indah dari dalam”, maka langkah yang harus diambil dari sekarang hanyalah banyak membaca dan mencari informasi serta bertekad akan menciptakan kecantikannya hanya untuk suaminya saja.
Friday, April 8, 2011
Wajib Pakai Tudung
SOALAN
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.
Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -
JAWAPAN
Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-
1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-
- Aurat wanita apa sudah jadi?
Wanita, aurat dan Kerjaya
Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.
Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum
Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.
Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..
( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)
3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.
Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.
Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk
perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :
Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.
Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.
4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.
Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.
Selamat BEPRUASA SUNAT HARI TASYU'A DAN ASYURA.! (9 dan 10 Muharram iaitu pada 26 dan 27 Disember 2009 )
Sekian
Dipetik daripada
Zaharuddin Abd Rahman
perbualan orang islam dengan kafir
( jiran bru saja pulang selepas mendapat undangan dari gereja st.peter basilica, Vatican
kerana ada urusan penting dan mesyuarat dgn 2500 orang bishop di suatu tempat yg dia enggan bg tau aku kt ne..)
Aku ;apasal pak cik nampak sibuk je…
selalu outstation je,
buat apa…
orang Islampegi Haji.Mekah…
pak cik pegi Vatican pulak,
Vatican ada buat haji jugak ke ?
(aku rasa macam nak ketawa…haha,saja je perli dia)
Bishop ; bagaimanakah kamu boleh ketawakan saya
padahal setahun dua ini adalah hajiyg terakhir bagi umat islam…
kamu sudah berkahwin?
Aku;belum lagi…
kenapa pak cik tanya?
(ada hati nak tanya padahal dia dah tua nak mampos tapi tak kawin2)
Bishop ;…
skrng ini adalahketurunan islam yg terakhirmelansungkan perkahwinan…
jika kamu tidak berumah tanggadlm masa setahun dua ini,
kamu akn menyesal seumur hidup…
tidak ada lagi kesempatan untuk berumah tangga
apabilaPaus Roman Peter iidilepaskan dari rantai yg mengikatnya sejak sekian lama….
umat islamsendiri yg membuatkan rantai itu terputus…
Aku ;ni apasal pulak yang terakhir haji la,kawin la….
sapaPaus Roman Peter iitu..
yang terakhir jugak ke….
Bishop ;akan sampai masanya kami akan tanggalkan pakaian kami,
kami tidak lagi perlukan semua ini…
kami pula yg akan menuntut segala hutang2 budi yang manusia ambil dari kami,
sedangkan selama 1000 tahun kami bersabar
kami tidak ambil sedikitpun nikmat kehidupan dari kamu,
malah hanya cukup-cukup saja makan minum untuk jasad kami…..
sekarang kamu akan membayar harga “dunia” yg kami binakan untuk kamu…….
Paus benedict xvisudah hampir selesai pekerjaannya…
sedikit lagi masa sebelum Vatican melepaskan“Penghulu Segala Paus”
…ya..Paus Roman Peter ii…
dia adalahPausyg paling hebat,
Pausyg paling agung,
Pausyg terakhir sebelum hari pengadilan (hari kiamat)….
dia akn menungguMuhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi)datang….
habislahMuhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi)nanti…
Aku;sungguh misteri orang2 pak cik ni…
kami Islam percaya yangNabi Isaa.s akan berpihak kepadaAl-Masih Mahdi…
padahal orang2 pak cik adalah pengikutNabi Isa,
siapakah sebenarnya gereja sehinggaNabi Isasendiri tidak berpihak kepada kristian….
macamana denganPaus?..
apa kedudukan dia apabilaNabi Isaturun ke dunia nanti?
(jiran tidak menjawab sepatah haram pun,dia hanya membisu dgn senyuman sinis)
Ini adalah bahagian yang paling menarik perhatian saya dan banyak pertanyaan saya sebelum ini yang kabur-kabur terjawab. Perhatikan kata-kata Bishop tersebut.
tidak ada lagi kesempatan untuk berumah tangga
apabilaPaus Roman Peter iidilepaskan dari rantai yg mengikatnya sejak sekian lama….
umat islamsendiri yg membuatkan rantai itu terputus…
Rantai yang mengikatnya?
Tidakkah anda perasan bahawa ada juga makhluk Allah yang telah dirantai sekian lama.
Ya…….dialah yang orang-orang Islam namakan sebagaiAl-Masih DAJJAL!
Sabda Rasullulah:
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama.
Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”
Rekod Hadis Sahih Muslim
Adakah mungkinPaus Roman Peter iiini adalahAl-Masih DAJJAL?
Saya pernah mengadakan perbincangan dengan seorang pengkaji,
beliau mengatakan umat Kristian percaya bahawaPaus Roman Peter iiinilah yang akan menyelamatkan mereka dariAntichrist =Al-Masih DAJJAL.
Tetapi pada pendapat saya,
mungkinPaus Roman Peter iiadalahAl-Masih DAJJAL.
Umat Kristian akan terus sesat dan disesatkan olehPaus Roman Peter iiini.
Jika benarPaus Roman Peter iiadalahAl-Masih DAJJAL,
maka dia akan perintah dunia melaluiBaitul Muqaddis = Jurusalem
sepertimana dalam ceramahMaulana Imran N. Hosein.
Jika seseorang itu menjadiPope,
sudah pastilah pusat pemerintahannya akan berpusat di Vatican,
bukanBaitul Muqaddis = Jurusalem.
Macam mana ini?
Sebelum ini saya ada mendengar desas desus yang mengatakan pemerintahan Vatican akan berpindah ke Jurusalem tidak lama lagi,
tetapi masa itu saya tidak tahu apa tujuan pemerintahanPopedipindahkan keBaitul Muqaddis = Jurusalem.
Sekarang saya sudah dapat mengetahui kenapa perlu Vatican berpindah keBaitul Muqaddis = Jurusalem.
Ini kerana masanya sudah hampir danThe Last Popeakan dilantik dan memerintah dari sana!
Paus Roman Peter iiitu kemungkinan besar adalahAl-Masih DAJJAL,
kerana dia akan memerintah dariBaitul Muqaddis = Jurusalemdan dirantai sejak sekian lama.
The Bible apparently indicates that very near the end of time,
the Pope will actually quit Rome,
and move to Jerusalem,
in order to exercise control over the glorious holy mountain of God,
which is the explicit stated goal of Satan.
Mungkin sesetengah penganut Kristian mengangap Vatican akan menyelamatkan mereka dari Antichrist.
Tunggu dulu,
perhatikan lambang salib di belakang Pope dalam gambar di bawah.
Salib Terbalik yang melambangkanAntichrist = Al-Masih DAJJALitu sendiri!
Aku;tadi pak cik cakap pekerjaanPaus benedict xvidah nak selesai..
apa yang dia dah buat?…
kenapa ada orang ganti dia…
apasal tak terus lead sampai kiamat jer?
Bishop ;paus sudah tua,
jasad manusia ada usia tetapi jiwa tiada usia,
jiwa boleh diserahkan pada jasad yg masih hidup….
tiada masalah bagi mana2 paus,
jika jasad mereka mati,
jiwa mereka akan disambung olehPausyg seterusnya
PausPius xiiyg terdahulu telah melahirkan seorang hamba
“hamba yg telah diberikan olehPaus1 kuasa yg akan menemui sesiapa sahaja”
seseorang hamba yg akan menemui kamu tanpa jasadPausdi depan kamu,
hamba ini akan pergi ke setiap manusia yg bernyawa …
ya…
begitu pantas ia datang apabila bayi-bayi baru saja keluar dari rahim ibunya,
selepas itu hamba ini akan mengikut sehingga sejauh mana usia bayi2 itu …
dan hamba ini buta,
ia tidak menpunyai rupa,
ia juga tidak mempunyai nama….
Aku;siapa hamba yangPausPius xiilahirkan tu?…
ni pasal orang ke apa?
Bishop ;PausPius xiipernah berkata
“siapakah jasad tanpa jiwa dan siapakah jiwa tanpa jasad”
pekerjaan paraPaustelah membuatkan lidah2 manusia berkata
“pecah dan perintah”…
“pecah dan perintah”… telah diajar kpd kamu dengan perbezaan warna kulit,
padahal kami menghasilkan ianya lebih halus lagi……
“pecah dan perintah”…ke atas warna kulit kamu sudah dilakukan dengan meletakkan suatu kaum di suatu wilayah yg kamu kata ia “negara”
…selepas itu“pecah dan perintah”… ke atas hati –hati kamu pula…
sungguh menakjubkan sehingga hari ini kamu masih memahami ia sebagai perbezaan warna kulit.
selainsahabat2 Nabi Muhamad,
hanya kami sahaja yang mengerti apa itu“demi tuhan yang jiwa Muhamad di tangan-Nya”
sekarang ini ia telah menjadi“demi tuhan yang jiwa2 manusia di tangan Paus”
Nabi Muhamadsungguh bijaksana..
Nabi Muhamadhanya membenarkan wujud hubungan tuhan dan makhulknya,
rasul dan umatnya,
raja dan rakyatnya,
ibubapa dan anaknya…
tidak wujud hubungan lain..
kami telah mewujudkan pelbagai hubungan manusia dgn watak kehidupan palsu ,
contohnya sebuah perniagaan yang perlu ada orang yang bernama pengarah,timbalan,setiausaha,eksekutif dan lain-lain…
perbezaan watak inilah yang akan“pecah dan perintah”… hati-hati kamu
bodoh benarorg2 islam,
tidakkah mereka terfikir mengapa watak2 ini tidak wujud semasa zamanNabi Muhamaddahulu ???….
dan kamu juga diajar supaya merasa diri sbg kaum yg bodoh,
sekiranya tidak wujud semua watak2 itu dalam kehidupan kamu…
Aku;nanti kejap pak cik….
adakah ini yang dikatakan “hamba”Paus …
takda sebarang symbol pun seperti sebelum ni….
Bishop ;ada….
para paus telah menamakan “hamba” sebagai “Benedictine Order”
ya..Benedictine Order….
ia sangat persis untuk mengetahui jiwa2 manusia sama ada mereka akan menyembahtuhan Nabi Muhamadatau menyembahLucifer ~ Iblis..
Aku;la…ingatkn org tadi…
benedictine order…order…adakah ia suatu seperti peraturan atau undang2??
Bishop;Benedictine Orderadalah segala perkara di dunia ini yang tertulis di atas kertas,
Kemudian kamu akan mengatakan ia sebagaiilmu,
Maka terjadilah diri kamu seperti hari ini…
Bukan mudah nak membuatkan kamu menerima ia sebagai ilmu…
Aku;kenapa pak cilk perlu buatkan kami menerima ia sebgaiilmu?
Bishop ;sebabilmuitu sebenarnya adalahundang-undang….
Ilmuadalahundang2untuk jiwa kamu,
danundang-undangbertulis yg ada di dunia ini masih lg sbg undang2 tetapi ia untuk jasad kamu.
contohnyailmu “sains”..
knp ia diajar kpd kamu dalam bentuk ia sbgilmu???…
dan bukan ia diajar dalam bentukundang2???……
sudah pasti kamu tidak mahu belajar sebab kamu akan lihat ia sebagai suatu paksaan..
paraPaustelah amanahkan “Benedictine Order” ini kepadaUnited Nation (UN)…
Aku;UNITED NATION (UN)!!!…PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU !!!!!…….
gila ke apa dunia ni???
mengarut lah pak cik PBB kn selalu buat kebajikan,
tolong negara miskin dan jadi rujukan mana2 masalah negara2 dunia ni….
pak cik jangan cakap sembarangan..
Bishop ;“Benedictine Orderis symbolize by the olive wheat and grain”…
dan kamu lihatUNmenggunakan simbolBenedictine…..
dan paraPaustelah membina perjuangan yang akan diselesaikan olehPausyang akan datang…..
(perasan jugak aku yang logo PBB tuh memang ada symbolBenedictine…
planet bumi dekat dalam,
diluarnya ada symbol mengelilingi bumi tu macam padi,
bentuk gandum pun ada,
macam daun zaitun pun ada…
tapi ada 2, kanan dan kiri)
Saya tahu apabila kamu mendengarunited nation…
di fikiran kamu akan terbayang suatu kuasa besar…
dari sebesar-besar undang2 sehingga sekecil-kecil undang2 dilaksanakan,
pertama kaliBenedictine Orderdtg kpd kamu apabila kamu lahir saja,
kena daftarsijil lahir,
sehinggalah kamu mati kena daftarsijil mati..
makaBenedictine Orderterpisah dari kamu….
tidak kiralah…
undang2 jenayah,
undang2 ekonomi,
undang2 jalan raya sekalipun…
apa sahaja di dunia ini yang namanya undang-undang ia adalahBenedictine Order
Aku;ah….tak mungkin la pak cik…
bukan ke setiap negara ada peruntukan dan menggubal undang2 sendiri???..
macamana pak cik kata semua undang2 dekat dunia ni milik gereja???
Bishop ;saya tidak menipu kamu…..
Lihat saja di mana2 negara sekalipun,
pada bendera,
jata,
mahkamah,
perlembagaan dan apa saja yg seumpamanya
mereka semuanya memakai simbolBenedictine….
‘cantus’ danBenedictinemacam adik-beradik,
mereka tidak boleh dipisahkan…
Aku;undang-undang untuk jiwa???….
kalauBenedictine Orderuntuk undang2 jasad manusia dah ada symbol pada jata,bendera,perlembagaan semua tu…
Benedictine Orderuntuk undang2 jiwa manusia apa pulak???
Bishop;ini adalah yg berat sekali bagi kamu…
katakan lah pada saya yg kamu tidak ingin mengetahuinya..
Aku;tak kisah la hati saya pedih menerimanya..
pak cik cakap je la..
Bishop ;Nabi Muhamad dan sahabat2nyatidak membenarkan ilmu, sesuatu yg memberikan harga kepada diri sendiri…
maka kami hasilkan perkara2 yg berlawanan dgnNabi Muhamad dan sahabat2nya
setiap perkara yg kamu lalui sehari-harian akan membentuk jiwa2 kamu…
semasa kamu kanak2…
kamu diajar menggunakan pancaindera…
kamu diajar bagaimana sesuatu ilmu itu akan meresap di otak kamu..
kamu diajar membaca,
menulis,
mengira,
mewarna,
bermain,
berlari..
selepas itu kamu akan ditanya “bila dah besar nanti nk jadi apa?
Apa cita-cita kamu nanti?”…
kamu diajar supaya menjawab “bila saya dh besar saya nk jadi doktor,cita-cita saya menjadi peguam..dan sebagainya”…
perbezaan jiwa belum wujud tetapi fungsi2 watak sudah kamu fahami
selepas itu kamu akan diajar fungsi-fungsiilmu,
bagaimana setiapilmuakan bertindak mengikut maknanya sendiri…
kamu merasa kagum dan percaya ilmu
selepas itu kamu akan dipisahkan dengan org lain..
kamu diajar untuk menilai“pelajar pandai”
dan“pelajar bodoh”….
pelajar pandai mendapat pujian,
pelajar bodoh dimarahi oleh ibu mereka..
ini adalah asas untuk memecah belahkan kamu…
tetapi kamu diajar“perpaduan antara kaum”
supaya kamu percaya warna kulit menyebabkan perpecahan..
Padahal perbezaanilmuadalah senjata..
ilmuyang berbeza maka pekejaan kamu berbeza…
maka berbezalah duit kamu,
berbezalah rumah kamu,
berbezalah perhiasan kamu,
berbezalah maruah kamu….
selepas itu kamu diajar
“miskin kaya tiada beza sama sahaja”…
maka lupalah kamu bagaimana ia bermula
pelbagai masalah kehidupan direka,
supaya pelbagai penyelesaian dapat direka,
pelbagai penyelesaian direka supaya pelbagai ilmu dapat direka,
pelbagai ilmu direka supaya pelbagai pekerjaan dapat direka,
pelbagai pekerjaan direka supaya pelbagai taraf kehidupan dapat direka,
pelbagai taraf kehidupan direka supaya pelbagai jiwa manusia dapat direka,
pelbagai jiwa manusia direka supaya pelbagai maruah dapat direka,
pelbagai maruah direka supaya pelbagai cara diri mereka akan dibeli …
maruah yang akan mengkafirkansemua orang islam,
mereka yang kafirsememangnya telah kafir..
(patutla kadang2 aku tgk kat hotel2, orang Islam yang kononnya smart, dengan selamba minum arak, maksudnya diorang ni sebenarnya dah kafir la ye ?)
(kalau yang dah kafir tu memang takde orang peduli pun sebab mereka sememangnya begitu)
(maknanya…….kalau perempuan Islam yang sengaja tak pakai tudung, agak2 tarafnya apa ?)
Aku;peh….!!…
teliti betul pekerjaan org2 pak cik,
tapikan bagaimana‘maruah’ boleh mengkafirkanorang2 islam???.
apa buktinya ???
bukanya kami takda otak nak menilai macamana sesuatu keadaan itu utk dinilai sebagaikafir…
Bishop ;Benedictine Ordertelah berkuasa terhadap semua manusia di planet ini,
tiada siapa dapat melarikan diri…
malah manusia berebut2 memilikinya..
mereka sangat menyayangi diri sendiri,
malah mereka akan mempertahankan maruah ini dengan apa cara sekalipun…
kami x perlu buat apa2 pun..percayalah
seperti ‘cantus’…
kami juga memberikan pakaian yang indah kepada mereka ini…
mereka benar2 sukakannya..
malah jikaPausberkata kpd mereka“pakaian ini adalah khidmat kamu kpd ku”…
mereka akan menafikannya !!!…
bagaimanakahMuhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi)dapat menyelamatkan mereka sedangkanPaussendiri sudah mengatakan kebenaran???
Aku;sedangkanPaussendiri mengakui cakap macam tu dan dorang tak layan…
apatah lagiAl-Masih Mahdi!…
dunia betul2 mahu kiamat..
apa pakaian yg mereka pakai sampai dahsyat macam ni jadinya ???
Bishop ;….mereka adalah org2 yang memakai..“tie”
itulah simbol “Benedictine Order”..
bukan itu saja..apa saja
“pekerjaan manusia yg didatangkan dengan pakaianya” adalahBenedictine Order!!
..mereka orang yang kamu kata sbg“golongan profesional”,
”kolar putih dan kolar biru,
”pakaian formal dan pakaian seragam”…
semuanya berkhidmat untukBenedictine Order
lihat saja pakaian pelajar sekolah,doktor,ahli perniagaan..
mereka semua sama sahaja..
walaupun pakaian diantara mereka berbeza tetapi fungsi mereka sama saja…Benedictine Order
mereka semuanya tidak menyedari bahawa mereka sendiri menjayakanBenedictine Order…
semua manusia benar2 telah dikuasai gereja..
Aku;pelik bin ajaib!!!….
apa yg telah berlaku sehingga berbilion2 orang telah bekhidmat untukPaus??!!!
Bishop ;dulu dari kampung kamu, Malaysia
ada pemimpin kamu yg telah memerintah selama 20 tahun diundang menemuiPaus John Paul ii,
dan pemimpin kamu telah ditanya tentang pencapaianBenedictine Orderdi sana
Paus John Paul iisangat gembira dengan pemimpin kamu yg sukakan org2 jepun…
”dasar pandang ke timur”…
dia selalu mengulang-ulang ayat ini kpdPaus John Paul ii.
sebab itulah mengapaorg2 islamsengaja dicabar ilmu ini ilmu itu,
mundur ini dan mundur itu,
maju ini dan maju itu….
org2 kafir segaja dimajukan supayaorg islamtersepit
dan membuatkanorg2 islammerasa “Benedictine Order” suatu keperluan hidup…
org2 islamtidak menyedarinya bahawa mereka bersaing untukBenedictine Order..
saya seorgbishopharus tau kata2org islamyg terkenal spt“berjaya di dunia dan akhirat”,”menjadi seorg islam yg cemerlang”…
semua dirancang supaya ia meyakinkan kamu tanpa kami suruh anda berkata spt itu…
Aku;jadi…Benedictine Orderni sudah berjaya ke belum???….
kalau ia sudah berjaya kenapaorang Islamsekarang ni masih mampu mengucapSyahadah???
Bishop ;sebenarnya ia telah dirancang1000 tahundahulu,
semasa zaman seorg paderi yg bernamaSt.Malachy…
vatican telah merancang bahawaPausyang ke-111 akan memikul suatu pekerjaan..
MakaKardinal Joseph Ratzingersemasa ditabalkan sebagaiPausyang ke-111,
dia diberi nama“Paus Bendict xvi”
Pausterakhir menggunakan nama “benedict”….
diaPausyg akan meraikan kejayaan “Benedictine Order” …
kejayaan ini dinamakan sebagai“glory of the olive”
…ya….simbolBenedictine….
apa ygislamsedang perjuangkan??……
bodoh benarorg2 islam…
sungguh menakjubkan!!!
PengikutNabi Muhamadsebodoh ini…..
aku;kalau macam ni la keadaanya…
orang2 kafirlagi bodoh sebab diorang lagi maju…
tapi pasti adaorang2 islamyang akan lawanBenedictine Order..
Bishop;mahukah kamu tahu
mengapaMuhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi) akan kelihatan spt org jahat,
spt yg saya katakan sebelum ini????
sebab dia menentangBenedictine Order!!!
ya,setelahumat islamsendiri mengakui bahawa pekerjaan mereka mendatangkan keselesaan hidup
dan mereka berkata
“ilmu2ini dari cendekiawanislamdahulu, dan lihatlah kawan2ku inilahnikmat islam”
sebab itulahumat islamdiumpan supaya mereka mempertahankan ilmu2 ini bahawa ia lahir darisarjana2 islam….
padahal kami telah mengubah suaiilmuini sebelum penjajah mengajarkannya kpd kamu
apabilaPaus Roman Peter iimuncul nanti,
umat islamakan dituduh oleh org2 kafir
bahawa ilmu2kepunyaan islamlah yg membawa kerosakan kpd diri mereka…..
orang2 islamakan dibunuh habis-habisan olehorg kafir..
gereja x perlu buat apa pun…
adakahorang2 islamyang dikatakan “umat islam cemerlang”
akan meniggalkan semua “kecemerlangan” mereka ketikaMuhammad ke-2 (Al-Masih Mahdi)datang untuk mencabut kecemerlangan palsu mereka…
saya fikir tidak !!!
Mereka akan mempertahankan “Benedictine Order”….
saya izinkan untuk kamu cerita perkara ini kpdorg2 islam…..
kamu akan lihat mereka akan berkata kpd kamu“kamu dan cerita kamu semuanya tipu belaka”
Aku ;sapa yang akan kata macam tu pada saya???…
Bishop ;MEREKA SEMUANYA….
Luahan Peribadi:
(CantusdanBenedictine…macam adik beradik,mereka tidak boleh dipisahkan,apsal dia kata tak boleh dipisahkan ek..lupa pulak aku nk tnya dier)
(seingat aku satu2 nyer pemimpin kita yg prnh jumpa paus john paul ii adalah Dr. Mahathir….ya..sebelum dia letak jawatan,dasar pandang ke timur,20 tahun perintah…dia la…)
(sanggup ke kalau korgbakar sijil,diploma and ijazah kehormat korg???..Benedictine Ordersmua tu….)
(takda beza pun klu korang tak pakai tali leher,seluar slack dan kemeja…keje tetapi sama,…tak buat kerja tak dapat gaji,macamana nak bagi anak bini makan?…perangkap maut !!!)
Bahagian ini juga amat menarik.
Sekali lagiBishoptersebut menyebutkan tentangPope Roman Peter II
yang akan muncul selepas 111th Pope iaituPope Benedictsekarang dan tentangBenedictine Order.
apabilaPaus Roman Peter iimuncul nanti,
umat islamakan dituduh oleh org2 kafir
bahawa ilmu2kepunyaan islamlah yg membawa kerosakan kpd diri mereka…..
orang2 islamakan dibunuh habis-habisan olehorg kafir..
gereja x perlu buat apa pun…
Bishop ;“Benedictine Orderis symbolize by the olive wheat and grain”…
dan kamu lihatUNmenggunakan simbolBenedictine…..
dan paraPaustelah membina perjuangan yang akan diselesaikan olehPausyang akan datang…..
UN
Lambang UN itu sendiri adalah Olive Wheat And Grain.
AdakahBishopini sengaja mereka cerita tentang UN ini?
Oh, tidak.
UN adalah antara pelan mereka untuk mewujudkanOne World Governmenttidak lama lagi.
Masih ingat lagi slogan 1 Israel ?
Masih ingat lagi slogan 1 Singapore ?
Masih ingat lagi slogan 1 Malaysia ?
Bishop ;dulu dari kampung kamu, Malaysia
ada pemimpin kamu yg telah memerintah selama 20 tahun diundang menemuiPaus John Paul ii,
dan pemimpin kamu telah ditanya tentang pencapaianBenedictine Orderdi sana
Paus John Paul iisangat gembira dengan pemimpin kamu yg sukakan org2 jepun…
”dasar pandang ke timur”…
dia selalu mengulang-ulang ayat ini kpdPaus John Paul ii.
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.
Ini adalah salah satu tanda kiamat.
Keadaan ini bertepatan dengan situasi sekarang,
orang menuntut ilmu kerana mahu mengejar pangkat,
kedudukan harta !
Bertepatan dengan kata-kataBishoptersebut di bawah.
Bishop;Benedictine Ordertelah berkuasa terhadap semua manusia di planet ini,
tiada siapa dapat melarikan diri…
malah manusia berebut2 memilikinya..
Mereka sangat menyayangi diri sendiri,
malah mereka akan mempertahankan maruah ini dengan apa cara sekalipun…
kami x perlu buat apa2 pun..
percayalah seperti ‘cantus’…
kami juga memberikan pakaian yang indah kepada mereka ini…
mereka benar2 sukakannya..
Bishop itu juga tidak kisah rahsia sebegini disebarkan
kerana dia tahu ramai antara kita tidak percaya dengan semua ini.
Adabeberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak percaya,
antaranya ialah minda mereka terlalu lama terpenjara olehSistem Al-Masih Dajal.
Bishop;Saya izinkan untuk kamu cerita perkara ini kpd org2 islam…..
kamu akan lihat mereka akan berkata kpd kamu“kamu dan cerita kamu semuanya tipu belaka”